Monday, April 25, 2005

Cerpen Terbaik Puisi Kenangan.

Image hosted by Photobucket.com

Di bulan maulid ini
Aku teringatkan Rasul ku.
Teringatkan sejarah perjuangan hidup baginda.
Yang pernah ku baca didalam kitab2 agama.
Dan hati ini merasa sayu
Terasa ingin berjumpa dengan beliau
Dan ingin mencium tangannya yang mulia itu.

Di bulan maulid ini
Aku teringatkan juga arwah bapaku
Terkenang perjuangan hidup beliau
Bersusah payah menolong bangsanya sendiri
Sehingga kami anak2nya memikul beban kesusahan hidup
Akibat hatinya yang teramat suka menolong orang lain yang didalam kesusahan.

Dibulan maulid ini...
Aku terfikirkan diriku sendiri
Yang hidup serba lapang dan tenang
merasa cukup dengan amal dan ilmuku
Sibuk dengan urusan keluarga dan kerjayaku
Yang selalu dihantui oleh bayangan wajah arwah bapaku
Dan perjuangan hidup Rasul ku!

Dan aku maseh tidak dapat berbuat apa-apa!

Labels: , , , , , , , , , ,

Wednesday, April 13, 2005

Cerpen Terbaik Seorang Teman.

Image hosted by Photobucket.com

Aku ada seorang kawan.
Dulu kami pernah mengaji bersama-sama.
Kami pernah begitu suka kepada mengaji dan Al Quran.

Aku selalu bertemu dengannya kerana berbual fasal Al Quran, Tilawah al Quran dan keredaan Tuhan.

Kami begitu gembira dan selalu mengingat Tuhan.
Kami begitu ghairah dengan Tilawah al Quran.
Kami begitu minat kepada Taranum al Quran.
Kami ingin menyebarkannya diseluruh Singapura!

Tiba2 pada satu hari....
Dia mulai berubah!
Dia sudah menghilangkan diri!
Dia tidak mahu lagi diganggu.
Dia tidak mahu lagi bertemu dengan ku!

Dia mula sibuk mencari duit!
Siang malam, pagi petang berusaha mencari duit.
Dia mula berubah hati dan minat.
Masa lapangnya dihabiskan berjalan2 dengan ahli keluarganya pergi makan2 diluar.

Dia takut diganggu tentang al Quran.
Dia takut diganggu tentang mengaji tilawah al Quran!
Wang ringgit sudah menjadi Tuhannya.
Kesenangan keluarga sudah menjadi agamanya!
Semangat berkumpul mengaji dan menyiarkan syiar agamanya sudah menjadi ketakutan, musuh dan hantunya!

Itulah bekas kawanku!
Itulah melayu Islam ku!
Itulah bangsa Singapura ku!
Dan itu adalah kenyataan hidup di sini!
Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa!

Labels: , , , , , , , , , ,

Friday, April 01, 2005

Puisi Terbaik Cerpen Cinta Remaja.

Image hosted by Photobucket.com

PUISI TERBAIK CERPEN CINTA REMAJA

Semalam aku melihat dua remaja melayuku...
Sedang berdiri ditepi jalan raya.
Saorang lelaki dan saorang perempuan.
Kedua2nya sedang berbual mesra.
Mereka berpakaian sekolah.

Kenderaan bergerak laju kiri dan kanan.
Mereka maseh terus khusyuk berbual.

Kemudian aku melihat....
Mereka mula berpegang tangan diantara satu sama lain.
Dan....
Mereka berpelukan sambil bertemu bibir.
Bibir bertaut rapat
Pelukan semakin erat.

Ramai yang berjalan kiri dan kanan.
Sambil tersenyum sambil merenung.
Satu pandangan yang biasa barangkali.

Aku menundukkan kepala ku.
Dengan langkah perlahan aku berlalu pergi.

Wahai remaja melayu Islam ku...!
Wahai pemuda belia melayu ku...!
Hati ku remuk siapa yang tahu...?
Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa!!!

Labels: , , , , , , , , , ,

Tuesday, March 22, 2005

Cerpen Puisi Terbaik Singapura Pengantin.

Image hosted by Photobucket.com

Cerpen Puisi Terbaik Singapura Pengantin.

Aku melihat sepasang pengantin sedang bersanding
Duduk diatas pelamain
Wajah mereka berdua kelihatan berseri-seri
Ikatan kaseh sudah termateri
Kan menjadi kenangan abadi.

Maka bermulalah satu perjalanan hidup bersejarah
Tentang seorang lelaki dewasa dengan sebuah bahtera
Merenangi lautan liku-liku kehidupan ini
Dalam roda-roda masa
Dan pasang surutnya pengalaman.

Kehidupan telah mengajar kita
tentang pahit dan manisnya
asam dan garam
sebuah perjalanan mengejar impian
Satu laluan mencapai shurga
Idaman semua.

Aku melihat pengantin itu
Dengan harapan
Dan renungan yang panjang....

Labels: , , , , , , , , , ,

Wednesday, March 16, 2005

Cerpen Puisi Terbaik Singapura Malam Minggu.

Image hosted by Photobucket.com

Cerpen Puisi Terbaik Singapura Malam Minggu.

Seperti biasa di Singapura...
Malam minggu....
Malam yang dipenuhi oleh manusia2 dimana-mana di kota Singapura.
Jalan raya terlampau sibuk.
Suara bicara dan hilai ketawa dimana-mana.

Ada yang memandu kereta.
Ada yang berjajan-jalan bersama2 ahli keluarga pergi ketempat makan menjamu selera.
Ada yang berpimpin tangan bersama pacarnya... duduk-duduk untuk bermesra-mesra.
Ada yang menonton wayang.
Ada yang membeli belah.
Ada yang bercumbu mesra.
Aku melihat itu semua di Singapura.
Pemandangan yang sudah menjadi biasa
Pada pandangan mata dan telinga.

Itulah Singapura ku..!
Itulah resam aneka bangsa ku...
Itulah nyata bangsa ku..
Itulah gaya moral negeri ku...

Dan aku....
Tidak dapat berbuat apa-apa.
Hanya membiarkan malam minggu..
Seperti biasa...
Berlalu begitu sahaja.

Labels: , , , , , , , , , ,

Sunday, March 06, 2005

Puisi Terbaik Prosa Anak Kecil Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

Puisi Terbaik Prosa Anak Kecil Singapura.

Seorang bapa sedang membawa anaknya pergi kesebuah kedai
Bapa itu sedang memimpin anaknya.
Anak lelakinya kelihatan baru berusia lebeh kurang 5 tahun.

Aku berdiri disitu sambil memerhatikan mereka dengan sebuah senyuman.

Anak kecil itu sedang memilih barang mainannya dikedai itu.
Bapanya cuma memerhatikan.
Dan aku bertambah tersenyum.

Tiba2 anak kecil itu menangis!
Menangis dengan sekuat hati semau-maunya.
Sambil meronta-ronta, anak kecik itu memukul badan dan kaki bapanya.

Bapa anak itu berwajah tercengang.
Anak menagis...
Bapa tercengang...?
Dan aku merasa gugup...?

Aku dengan pantas berlalu dari situ..!!!

Aduhai anak kecil Singapura..
Aduhai bakal belia Singapura..
Aduhai orang tua2 Singapura...
Inilah dia Singapura ku....

Labels: , , , , , , , , , ,

Wednesday, March 02, 2005

Cerpen Terbaik Puisi Perempuan Dari Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

Cerpen Terbaik Puisi Perempuan Dari Singapura.

Semalam aku melihat seorang wanita melayu muda yang cantik rupawan berpakaian berwarna merah berseluar jean.

Dia duduk2 dengan kawan2 lelakinya sambil menghisap rokok.
Mereka kelihatan gembira dan ketawa riang sambil berbual-bual panjang.
Sambil minum segelas bir, mereka terus berbual panjang hingga kelarut malam.

Mereka terus ketawa dan ketawa dan ketawa...

Aku hanya duduk mendiamkan diri sambil terus memerhatikan mereka..
Kemudian, aku pun berlalu pergi dari situ...
Dan aku tidak dapat berbuat apa-apa!

Itulah dia bangsa ku..
Dan itulah dia diri ku...

Wahai bangsa ku...
Wahai agama ku...
Wahai Iman ku...
Aduhai Singapura ku...!

Labels: , , , , , , , , , ,

Monday, February 28, 2005

Puisi Terbaik Kereta Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

Puisi Terbaik Kereta Singapura.

Sebuah kereta BMW bergerak pantas berlalu dihadapan ku.
Tanpa melihat aku yang sedang berdiri ditepi situ.
Pemandunya berkaca mata berwarna hitam.
Aku melihat dengan pandangan yang sayu
Dan sedikit rasa cemas.

Begitulah keadaanya dipagi hari di Singapura.
Setiap kenderaan bergerak dengan pantas dimana sahaja.
Masing-masing dengan urusan dan laluannya.
Yang pantas dan cepat sentiasa mengejar menuju habuannya
Yang lambat dan lembab, pasti ketinggalan.

Cuaca di kota semakin berjerebu
Tiupan angin semakin panas dan rimas.
Aku terkenangkan anak-anak ku
Dan masa depan kami disini.

Labels: , , , , , , , , , ,

Tuesday, February 22, 2005

Cerpen Terbaik Singapura Model Baru.

Image hosted by Photobucket.com

Cerpen Terbaik Singapura Model Baru.

Hari ini pena aku hilang lagi.
Aku duduk termenung sambil memikirkan pena yang hilang itu.
Cuaca semakin panas dan aku bertambah berpeluh!
Peluh ku semakin menitik-nitik.
Sambil mengelap peluh didahi, aku bertanya...?
Kemankah pena ku telah menghilang pergi!
Siapa tahu..?

Ulasan cerpen...
Buat kawan-kawan ku yang telah lama meninggalkan DUNIA PENULISAN CERPEN dan PUISI diSINGAPURA...( begitu juga aku )
Marilah kita kembali menulis!
Lihatlah .... bagaimana bodoh dan kekoknya tulisan ku yang ku tulis diatas itu!

Marilah kita sambung permainan lama kita..
Menulis bersama-sama.

Labels: , , , , , , , , , ,

Sunday, February 20, 2005

Tulis Cerpen Terbaik Singapura.

Tulis Cerpen Terbaik Singapura.

Hari ini nak tulis CERPEN MELAYU SINGAPURA pun tidak ada idea!
Nak tulis PUISI MELAYU SINGAPURA pun tak ada mood.
Nak tulis KRITIK SASTERA SINGAPURA pun...tak ada semangat!

Kenapa eeehhh?
Kadang2 macam nak tanya kepada SASTERAWAN SINGAPURA PENULIS HANDALAN JAMAL ISMAIL!
Macam nak tanya kepada PENYAIR Encik SALIM BASRI...atau..?
Penyair Masuri s.n. ...atau...?
Penyair Mohd Latif Mohammad...atau...?
Nak tanya pada Puan RASIAH HALIL keee..?
Siapa eeeehhh?
Tergerak pula rasa hati macam nak jumpa dengan PENGKRITIK SASTERA MELAYU SINGAPURA Encik NAIM DAIPI.

Tapi....???
Tiba2...macam rasa sakit perut pulak!
Rasa malas pun ada. Rasa mual pun ada. Rasa menyampah pun ada. Rasa Fed-up pun ada! Seribu satu macam rasa...
Barangkali...
Kerana cuaca dibulan ini agak panas sedikit tak? Atau barangkali...udara di KOTA SINGAPURA ini agak berabok dan berjerebu tak...?

Kalau begitu... terpaksalah aku berfikir dan cuba mencari jawapannya!

Kalau ku renung
Hujan pelangi hidupan ini
Akan ku nanti
Sebuah harapan
Sentuhan berani ukiran suci
Dari hati seorang murni.

Eeeeehhh...?
Apa yang aku dah tulis niee..?
O.k....Laah! Kerana ilham pun belum juga timbul. Terpaksa laah pergi dulu.

Labels: , , , , , , , , , ,

Friday, February 18, 2005

Cerpen Power Singapura.

Image hosted by Photobucket.com

Cerpen Power Singapura.

Penulis Cerpen dan Puisi Melayu Singapura ( siapa lagi..kalau tidak aku orangnya ) mula menulis.
Bukan setakat menulis cerpen dan puisi sahaja... bahkan apa2 yang terlintas dikepala otak ini!

Mana tahu... ?
Kalau2 ada penulis2 CERPEN HANDALAN MELAYU SINGAPURA yang terlajak di blog ku ini yang sudi membaca kesah2 MELAYU SINGAPURA dengan segala CERPEN DAN SAJAK DAN PUISI nya yang setengah mabok dan parah nii.

Lagi pun... kerja MENULIS CERPEN dan PUISI itu kan adalah satu kerja imaginasi seorang penulis!

Kadang2 fikiran ni tidak ada idea langsung.
Kadang2 kepala otak ni buntu dan kekeringan idea buat MENGARANG CERPEN atau MENGARANG PUISI.

Apa boleh buat....?
Terpaksalah merenung langit atau cuba2 mengira bintang2 dilangit.
Mana tahu kalau2 terjumpa sesuatu, .... bolehlah di tuangkan di blog ini!

Akhir kata... selamat berjumpa, selamat meneruskan hidup dan selamat berkenalan...

Labels: , , , , , , , , , ,