Thursday, October 13, 2005

Bulan ramadhan dan madah cinta.

BULAN RAMADHAN DAN MADAH CINTA

Bulan ramadhan telah pun mengibarkan sayapnya
Selamat berpuasa kepada semua
Dan aku pun tersenyum...

Ada cahaya dimana-mana
Setiap malam dan waktu berbuka
Wajah-wajah kesyukuran...
Sujud dan rintihan meminta keampunan
menyetuh dada dan isi hati ini
didalam kesyahduan.

Dan tentunya...
Ada lambaian menunggu dihujung sana
Satu kepastian
bakal menanti semua...!

Labels: , , , , , , ,

Saturday, October 01, 2005

Madah Cinta Penyair

MADAH CINTA PENYAIR

Ku ucapkan selamat tinggal kepada semua
Dan juga sedikit luahan rasa duka…
kepada penyair PUISI CINTA
pengarang PUISI CINTA
penulis PUISI CINTA
penyajak SAJAK CINTA
Peminat PUISI CINTA
Pemgumpul MADAH CINTA…
dimana sahaja mereka berada.

Yang sedang tidur
Yang sedang lelah
Yang sedang sakit
Yang sedang coma
Atau yang sudah mati!

Mati kerana ketakutan
Mati kerana kesibukan
Mati kerana menyembunyikan diri
Mati kerana melarikan diri
Dari kemanusian….
kejujuran dan keluhuran
dan…
dari PUISI CINTA!

Labels: , , , , , , ,