Friday, September 16, 2005

Madah Cinta Kota Dan Sebuah Journal

MADAH CINTA KOTA DAN SEBUAH JOURNAL

Disebuah kota....
Madah cinta sedang berjalan
Kepenatan
Sambil melihat kiri dan kanan
Kenderaan dimana-mana.
Terlalu sibuk.
Terlalu pantas
Dan cuaca semakin panas.
Ada apa dengan semuanya ini?

Sambil mengebas2 bajunya yang dihinggapi habuk kota
Madah cinta terus melangkah kehadapan
Meneruskan perjalanan
Dengan gerak perlahan
Penuh persoalan
Cuba mencari satu huraian
Tentang ertinya cinta
Dan keluhuran hati manusia
Di sebalik kesibukan sebuah kota....

Labels: , , , , , , ,

Wednesday, September 07, 2005

Cerpen terbaik kegemaran ku.

CERPEN TERBAIK HATI KHALEED.

Kerana buntu, maka pena itu pun bergerak lagi....
Kalam maseh terus sahaja menulis. Ia menulis tidak henti2. Cahaya daripada darah khaleed terus aja menerawang. Cahaya itu bergerak dengan laju mencari tempat persinggahannya. Dari satu gunung ke satu gunung... dari satu lembah ke satu lembah... dari satu zaman ke satu zaman. Bonda yang maseh menyusukan sang bayi terlentuk kepalanya kerana terlalu mengantuk. Sang bulan tetap dengan angkuhnya terus mengambang diufuk awan.

Kenapa manusia maseh menyetan lagi!
Kenapa manusia maseh gentar dan maseh lagi hidup sebagai seorang yang bacul!
Mana dia manusia yang bergelar seorang pahlawan?
Sudah matikah mereka semuanya?.......
Kenapa maseh merasa malu2 dan maseh jua cuba menyorok diri disebalik selindang putih?

Disatu tempat kelihatan si Badang cuba menimba air sungai yang mengalir deras. Sambil mengelap peluh didahinya yang tidak putus2 menitis membasahi pipinya. Air sungai semakin mengalir laju bergerak deras mengalir kelautan yang terbentang luas.

- Kurang ajar... siapa yang sudah mencuri ikan didalam bubuku?! -
Si Badang semakin meracau kemarahan. Darah marah berkilau2 disekujur urat seluruh anggota memancut2 didalam fikiran yang kalut.....

Cahaya khaleed terberhenti sejenak melihatkan hal itu!

Kenapa hal ini boleh terjadi? Kenapa sang darah maseh juga mengalir... atau cuba mencari jalan keluar untuk mewujudkan dirinya?
Cahaya khaleed mendonggakkan kepalanya kelangit yang tinggi!....

Apakah nur ilahi sudah menyembunyikan dirinya?
Apakah cahaya sang matahari sudah merajuk dan cuba mengurangkan sinarnya pada alam sejagat ini?
Adakah ini kerana pena yang maseh juga sibuk menulis?

Entahlah....
Masing2 maseh lagi melihat kearah satu sama lain! Masing2 maseh juga saling menunggu.
Satu penantian yang belum berakhir.....

Labels: , , , , , , ,