Friday, January 15, 2010

Indah & Damai?

Friday, August 07, 2009

Puisi mimpi indah

PUISI MIMPI INDAH


Kadang-kadang...
Sebuah impian itu belum tentu akan tercapai didalam hidup ini!
Namun....
Manusia masih tetap perlukan sebuah harapan dan impian didalam hidup ini..

Labels: , , , , ,

Friday, March 13, 2009

Madah cinta dimana pelangi?

MADAH CINTA PELANGI

Semalam hujan lebat..
Aku cuba menghitung titik-titik hujan yang turun membasahi bumi!
Namun, aku masih gagal lagi!

Dimana pelangi?
Tiada lagikah muncul selepas hujan berhenti?
Aku bingung...

Aku takut!
Kalau-kalau ribut topan datang merempuh bumi!
Kemanakah dapat aku berteduh?

Aku masih mencari..
Dimana pelangi...???

Labels: , , , ,

Thursday, August 28, 2008

Peminat puisi dan sastera melayu

Kepada semua kengkawan dan peminat puisi serta peminat sastera melayu
Selamat berkenalan dan sila jemput

JOIN ME...
http://www.facebook.com/people/Memo-Pad/100000627351332

Labels: , , , ,

Wednesday, May 07, 2008

Madah cinta ku

MADAH CINTA KU

Angin malam bertiup lembut…
Sampaikan salam
Rindu ku pada nya..!

Labels: , , , ,

Sunday, March 02, 2008

Puisi cinta ku untuk mu

Puisi cinta ku untuk mu

Tiap saat ku pandang wajah mu..(Photo)
Angin cinta datang menderu
Dari kiri dan kanan ku..!
Arrgghhhh..!
(tidak tertahan rasa...hatiku ini..!)
Ku tahu suaramu memang merdu,
Senantiasa menyenangkan hatiku
Setiap kali ku terdengar suara mu
Ianya menyegarkan hati ku yang sedang lesu
Hanya diriku saja yang tahu..
Betapa aku cinta pada mu…!

Sekali lagi ku pandang wajah mu...
Hati ini menjadi berahi..!!
Terlalu berahi...
Tak sanggup rasanya berjauhan
Entah bila dapat bertemu..??
Arrrrghhhh...

Wahai kekasih...
Aku cinta pada mu...!

Labels: , , , ,

Monday, September 10, 2007

Puisi yang mudah lagi indah

Puisi yang mudah lagi indah

Aku suka membaca tulisan yang indah
Aku suka membaca tulisan yang manis-manis!
Aku suka membaca tulisan yang mudah lagi menyenangkan hati
Aku suka membaca tulisan yang mudah lagi menyejukkan hati!

Aku suka sajak yang mudah!
Aku suka madah yang indah!
Aku suka puisi yang mudah difahami lagi manis dihati!
Aku suka yang indah lagi mudah!

Kerana yang mudah dan indah itu...
Amat senang difahami
dan dapat menarik fikiran
dan hati kearah keindahan dan keluhuran!

Labels: , , , ,

Tuesday, July 10, 2007

Madah cinta kerinduan

MADAH CINTA KERINDUAN

Malam sunyi terasa sepi
Aku duduk seorang diri
Lalu terbayang wajah mu….
Arrgggghhhh…!
Aku kegersangan
Aku kerinduan..!

Labels: , , , ,

Thursday, December 28, 2006

Madah cinta, puisi cinta, puisi terbaik dan cerpen terbaik YAHOO

MADAH CINTA, PUISI CINTA, PUISI TERBAIK DAN CERPEN TERBAIK YAHOO.

PUISI YAHOO
WE INVITE YOU...!
http://groups.yahoo.com/group/puisi/

Kami menjemput anda untuk menyertai ruang PUISI YAHOO ini.
Sila DAFTAR dan JOIN PUISI YAHOO kami.

Marilah sama2 kita kumpulkan semua tulisan BULLETIN seni atau..karya madah cinta, puisi cinta, puisi apa2 sahaja atau...kata2 hikmat-pujangga, cerpen (cerita pendek), cerita humor atau tulisan curahan hati kita ... ATAU KARYA SESIAPA SAHAJA ….( dalam bahasa melayu atau bahasa indonesia ) ...untuk dikumpulkan, disimpan dan dimuatkan didalam ruang PUISI YAHOO ini.

Semoga kita semua sama2 dapat berkarya dan juga sama2 dapat berkongsi membaca …sambil menghayatinya....

Sekian.
Terima kasih.
http://groups.yahoo.com/group/puisi/

Labels: , , , , , , ,

Saturday, November 25, 2006

Madah cinta - Hujan.

MADAH CINTA - HUJAN

Semalam hujan turun dengan lebatnya
Sungguh lebat
Dan..
Aku masih terus
Duduk termenung dihujung jendela...!

Labels: , , , , , , ,

Sunday, October 22, 2006

Puisi terbaik - Selamat menyambut hari raya idul fitri (1427 hijrah)

PUISI TERBAIK - SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI(1427 hijrah)

Ku ucapkan kepada semua umat islam sedunia
Selamat menyambut hari raya idul fitri (1427 hijrah)
Maaf zahir dan bathin.

Semoga dunia ini akan menjadi lebih aman dan damai
Semoga dunia ini akan lebih dipenuhi dengan manusia2 yang berjiwa mulia
Semoga dunia ini akan lebih menjadi tempat dimana ramai manusia2 membuat kebajikan sesama insan!

Selamat menyambut hari raya idul fitri!
Maaf zahir dan bathin!

Labels: , , , , , , ,

Sunday, July 09, 2006

Madah cinta, cerpen terbaik YAHOO

MADAH CINTA, CERPEN TERBAIK YAHOO.

Jika aku tiada disini
Itu bermakna
Aku sering ke...
http://groups.yahoo.com/group/puisi/

Harap berjumpa di SANA!
DAN..
Selamat menulis cerpen terbaik!
Selamat menulis madan cinta!
Selamat menulis puisi cinta!
Selamat menulis puisi terbaik!
Dan apa-apa laaah!

Labels: , , , , ,

Tuesday, March 14, 2006

Madah cinta sedih

MADAH CINTA SEDIH

Hatiku terluka lagi!
Siapa yang dapat memahami diri ku ini?
Pada sekeping hati nurani
Dan pandangan yang jauh serta sebuah shurga
Satu kebenaran....
Bagai perisai dan sebuah senjata
Pemagar diri yang terluka ini.

Hatiku terluka lagi..!
Disebalik kabus kejahilan dan kedegilan
Mereka2 yang mengambil mudah erti kewujudan
Pada sekeping hati...
Dan sebuah impian kesejahteraan
Yang pasti kekal abadi!

Labels: , , , , , , ,

Sunday, December 11, 2005

Puisi Cinta Sahabat.

PUISI CINTA SAHABAT

Wahai kawan…!
Apa salahnya kita bersahabat?
Saling bertukar2 tulisan
Saling bertukar2 surat
Saling bertukar2 pendapat...
Saling membaca isi luahan hati masing2
Didalam kehidupan yang serba singkat ini…?

Aku pun tahu yang engkau pun susah…!
Dan aku disini juga masih susah…!
Mengharungi pancaroba kehidupan ini
Penuh dengan seribu teka-teki…!

Wahai teman dan taulan…!
Apa salahnya kita bersahabat?
Saling bertukar2 pendapat
Sama-sama cuba mencari huraian
Kunci seribu jawapan
Dalam satu pengertian
Tentang erti sebuah keluhuran
Didalam kehidupan…
Dan sebuah kedamaian..!

Labels: , , , , , , ,

Monday, November 14, 2005

Puisi cinta hari raya idul fitri

PUISI CINTA HARI RAYA IDUL FITRI KITA

Adalah kita insan biasa
Telah lahir di alam dunia
Sering sahaja membuat khilaf
Sama-sama berkelana
Sekeping hati dan segunung cabaran
Ada menanti dihujung sana!

Tangan dihulur...maaf dipinta
Lalu lahirlah satu ucapan
Penuh keikhlasan nada kesayuan....
Selamat hari raya idul fitri
Maaf dzahir dan bathin....!

Terdengar laungan takbir yang indah menyerlah
Terkedu isi dada menyerah pasrah
Air-mata berguguran...
Berlutut memohon keampunan...
Pada yang Satu....
Sesama insan.

Apa yang sudah....?
Adalah sebuah kenangan kemanusian
Dan sebuah kehidupan
Mengharapkan pelukan
Dari bayangan kasih sayang dan ampunan
Yang abadi...!

Labels: , , , , , , ,

Thursday, November 10, 2005

Puisi terbaik satu pertanyaan

Image hosted by Photobucket.com

PUISI TERBAIK SATU PERTANYAAN

Ramai penulis datang dan pergi
dimana penyair puisi sejati?
Aku disini masih menanti
Mengapa masih terus bersembunyi?
Bukankah sama-sama berminat puisi…?

Apa yang hendak dimalukan?
Ingin mencipta nama sendiri?
Memeluk gunung seorang diri?
Itu bukanlah ...saorang seniman…!

Wahai kawan….!
Sampai bila harus begini?
Terus menerus mendiamkan diri….
Bilakah akan tercapai?
Erti hakikat hati keluhuran
Sentuhan suci saorang budiman…?

Labels: , , , , , , ,

Thursday, October 13, 2005

Bulan ramadhan dan madah cinta.

BULAN RAMADHAN DAN MADAH CINTA

Bulan ramadhan telah pun mengibarkan sayapnya
Selamat berpuasa kepada semua
Dan aku pun tersenyum...

Ada cahaya dimana-mana
Setiap malam dan waktu berbuka
Wajah-wajah kesyukuran...
Sujud dan rintihan meminta keampunan
menyetuh dada dan isi hati ini
didalam kesyahduan.

Dan tentunya...
Ada lambaian menunggu dihujung sana
Satu kepastian
bakal menanti semua...!

Labels: , , , , , , ,

Saturday, October 01, 2005

Madah Cinta Penyair

MADAH CINTA PENYAIR

Ku ucapkan selamat tinggal kepada semua
Dan juga sedikit luahan rasa duka…
kepada penyair PUISI CINTA
pengarang PUISI CINTA
penulis PUISI CINTA
penyajak SAJAK CINTA
Peminat PUISI CINTA
Pemgumpul MADAH CINTA…
dimana sahaja mereka berada.

Yang sedang tidur
Yang sedang lelah
Yang sedang sakit
Yang sedang coma
Atau yang sudah mati!

Mati kerana ketakutan
Mati kerana kesibukan
Mati kerana menyembunyikan diri
Mati kerana melarikan diri
Dari kemanusian….
kejujuran dan keluhuran
dan…
dari PUISI CINTA!

Labels: , , , , , , ,

Friday, September 16, 2005

Madah Cinta Kota Dan Sebuah Journal

MADAH CINTA KOTA DAN SEBUAH JOURNAL

Disebuah kota....
Madah cinta sedang berjalan
Kepenatan
Sambil melihat kiri dan kanan
Kenderaan dimana-mana.
Terlalu sibuk.
Terlalu pantas
Dan cuaca semakin panas.
Ada apa dengan semuanya ini?

Sambil mengebas2 bajunya yang dihinggapi habuk kota
Madah cinta terus melangkah kehadapan
Meneruskan perjalanan
Dengan gerak perlahan
Penuh persoalan
Cuba mencari satu huraian
Tentang ertinya cinta
Dan keluhuran hati manusia
Di sebalik kesibukan sebuah kota....

Labels: , , , , , , ,

Wednesday, September 07, 2005

Cerpen terbaik kegemaran ku.

CERPEN TERBAIK HATI KHALEED.

Kerana buntu, maka pena itu pun bergerak lagi....
Kalam maseh terus sahaja menulis. Ia menulis tidak henti2. Cahaya daripada darah khaleed terus aja menerawang. Cahaya itu bergerak dengan laju mencari tempat persinggahannya. Dari satu gunung ke satu gunung... dari satu lembah ke satu lembah... dari satu zaman ke satu zaman. Bonda yang maseh menyusukan sang bayi terlentuk kepalanya kerana terlalu mengantuk. Sang bulan tetap dengan angkuhnya terus mengambang diufuk awan.

Kenapa manusia maseh menyetan lagi!
Kenapa manusia maseh gentar dan maseh lagi hidup sebagai seorang yang bacul!
Mana dia manusia yang bergelar seorang pahlawan?
Sudah matikah mereka semuanya?.......
Kenapa maseh merasa malu2 dan maseh jua cuba menyorok diri disebalik selindang putih?

Disatu tempat kelihatan si Badang cuba menimba air sungai yang mengalir deras. Sambil mengelap peluh didahinya yang tidak putus2 menitis membasahi pipinya. Air sungai semakin mengalir laju bergerak deras mengalir kelautan yang terbentang luas.

- Kurang ajar... siapa yang sudah mencuri ikan didalam bubuku?! -
Si Badang semakin meracau kemarahan. Darah marah berkilau2 disekujur urat seluruh anggota memancut2 didalam fikiran yang kalut.....

Cahaya khaleed terberhenti sejenak melihatkan hal itu!

Kenapa hal ini boleh terjadi? Kenapa sang darah maseh juga mengalir... atau cuba mencari jalan keluar untuk mewujudkan dirinya?
Cahaya khaleed mendonggakkan kepalanya kelangit yang tinggi!....

Apakah nur ilahi sudah menyembunyikan dirinya?
Apakah cahaya sang matahari sudah merajuk dan cuba mengurangkan sinarnya pada alam sejagat ini?
Adakah ini kerana pena yang maseh juga sibuk menulis?

Entahlah....
Masing2 maseh lagi melihat kearah satu sama lain! Masing2 maseh juga saling menunggu.
Satu penantian yang belum berakhir.....

Labels: , , , , , , ,