Monday, June 06, 2005

Puisi Cinta Prosa Langit.

Image hosted by Photobucket.com

PUISI CINTA PROSA LANGIT.

Semalam petang aku berjalan-jalan disekeliling daerah kawasan rumahku.
Suasana petang agak tenang dan manis
Ku lihat ramai kanak-kanak sedang bermain-main
Ada yang sedang ketawa riang
Dan ada yang sedang menjerit-jerit kesukaan
Aku tersenyum melihatkan itu semua
kenangan ku mula berlari sebentar......

Indahnya zaman kanak-kanak!
Penyeri wajah setiap zaman.
Membuat aku terlupa seketika beban kehidupan ini.

Sambil tersenyum aku memandang kelangit.
Mata ku terus terpaku merenung kelangit tinggi...
Terus keatas
Terus keatas
Dan terus keatas...

Tiba-tiba ku lihat langit semacam bergoncang!
Awan mula membongkar!
Segala-galanya yang diatas mula bergerak-gerak!
Ada sesuatu yang tidak kena....
Sesuatu yang tidak menyedapkan hati dan pandangan!
Aku mulai merasa ketakutan!
Terlalu takut dan gerun sekali!
Tubuh ku mulai memgeletar!

Adakah dunia ini akan kiamat?!!
Adakah segala2nya akan musnah?!!
Mengapa tiba2 sahaja segala2nya mula menjadi kabur dan bergoncang hebat??!

Oh....Tuhan!
Aku belum cukup bersedia untuk menghadapi kiamat!
Jangan KAU musnahkan dunia ini!
Jangan KAU musnahkan segala2nya ini!
Jangan KAU musnahkan kanak2 yang sedang bermain-main penuh riang dan gembira ini!!
Oh....Tuhan!
Oh....Tuhan!

Entah mengapa...
Aku terduduk ditepi jalanan.
Badan ku berpeluh-peluh!
Saorang anak kecil datang berlari kearah ku

- Pakcik...pakcik...! -
- Pakcik sakit kah?.. -
- Kalau pakcik sakit...biar aje saya hantarkan pulang! -

Anak kecil itu tersenyum memandang ku.
Ditangannya ada sebatang bendera
Bendera permainannya
Bendera Singapura....

Labels: , , , , , , , ,