Sunday, May 08, 2005

Puisi Terbaik Risau.

Image hosted by Photobucket.com

Hari itu
Dia merasa sedeh
Fikirannya mula berubah...

Dia tidak berkata2 apa-apa
Hanya kelihatan sugul
Sugul kerana kekurangan wang ringgit
Dan sedikit kesusahan
Lalu dirinya mula terganggu
Dan wajahnya mula retak seribu.

Dia terkenangkan kesusahan hidupnya
Seumur hidup penat mencari wang ringgit
Beban kehidupan dan keluarga
Keadaan sekeliling yang memaksa
Dan usia yang terbiar
Pada kelelahan dan kelewatan.

Ditolehnya kanan dan kiri
Dilihatnya sahabat dan taulan
Wajah-wajah yang ketara
Senyuman yang biasa
Masing2 menyembunyikan luka didada.


Lalu dia bertanya...
Dimanakah kedamaian?
Dimanakah kejujuran?
Dimanakah kesetian?
Dimanakah keadilan?
Pada kehidupan yang membara
Yang berwarna merah tua ini!

Sambil mengeleng2kan kepalanya dia mengeluh
Lalu berkata...
Inilah dia sebuah kesah
Wujudnya satu permainan
Yang berada didalam diri
Yang bernama nafsu ku!

Labels: , , , , , , , ,

Links to this post:

Create a Link

<< Home